Tuesday, May 29, 2007

Keratan Akhbar

AKHBAR : HARIAN METRO
TARIKH : SELASA 8 APRIL 1997
TAJUK : ANGAN-ANGAN JADI NYATA
OLEH : ROSLEN FADZIL

Mengambil kira kedudukannya sebagai artis baru, Iyanie menganggap dirinya beruntung kerana album pertamanya memuatkan lima lagu ciptaan komposer handalan Fauzi Marzuki.
Panyanyi yang berasal dari Kulim,Kedah ini berkata dia memang bertuah kerana dapat menimba pengalaman bekerja di studio dangan Fauzi walaupun perasaannya gugup apabila kali pertama bersua dengan komposer itu.
“Bila ingat balik, saya rasa lucu kerana Fauzi terpaksa tenangkan fikiran saya. Katanya “relaxlah, jangan takut. Buat macam biasa…”
“Sebenarnya perasaan itu timbul kerana saya begitu menghormati Fauzi. Maklumlah penyanyi yang nyanyi lagunya bukanlah sembarangan macam Ella, Shima, Jamal dan Francesca Peter.
“Jadi bila kami pertama kali berjumpa di studio, saya tentulah excited dan gugup. Namun selepas beberapa lama mengenali Fauzi, saya dapat rasakan dia seorang yang bertimbang rasa” katanya kepada Harian Metro.
Iyanie atau nama sebenarnya Adza Adzriyati Adenan, 22,berkata lagu Fauzi yang dirakamkan ialah Cintamu Berakhir Disini (lirik Saadi Olia), Pantai Yang Sepi (Lukhman S), Jalan Pulang (Habsah Hassan), Ku Dengar Dari Jauh (Lukhman S) dan Lumrah Hidup (Shahlan). Lagu lain yang dimuatkan dalam album itu ialah ciptaan Lan A To Z, Syafiee Obe dan Asheq.
Iyanie yang meminati Ziana Zain dan Toni Braxton berkata dengan munculnya album itu, impian pertamanya dalam bidang nyanyian sudah tercapai.
“Sejak sekolah rendah lagi saya sudah berangan-angan mempunyai album sendiri. Hari ini saya gembira kerana angan-angan itu tidak kosong dan terhutang budi kepada NAR Records kerana mengambil saya menjadi artis rakaman” katanya.
Iyanie sebelum ini menimba pengalaman nyanyian melalui beberapa kumpulan muzik termasuk Kombo Polis Hutan Batalion 3, Kulim dan RTM Pulau Pinang. Dia kini baru sahaja menyiapkan klip video pertama untuk lagu Cintamu Berakhir Disini yang menjalani penggambaran di Teluk Cempedak, Pahang.

No comments:

Post a Comment