


Foto: Syeba Yip / Teks : Iyanie
Album Solo
berkenaan. Album solo saya berjudul “Iyanie” berkonsep kan pop komersial dan memuatkan 10 buah lagu. Dan mendapat sentuhan dari komposer terkenal Fauzi Marzuki, Shafiee Obe,Adnan Abu Hassan, Habsah Hassan, Lukhman S, Asheq, Lan A to Z. Dan penerbit bagi album tersebut ialah Tuan Hj Saadi Olia. Rakaman album saya telah dijalankan di Studio
Melodi Productions Sdn Bhd. Dan sebelum menjalani rakaman suara, saya telah belajar vokal bersama Elina Razak. Album Iyanie mula dipasarkan pada 23hb Mac 1997. Dan lagu lagu yang sering berkumandang diradio pada masa itu antaranya ialah
‘Cintamu Berakhir Disini’ ‘Lumrah Hidup’ dan ‘Hujan Tangis’. Iyanie telah mengadakan majlis pelancaran album “Iyanie’ pada 6hb Mei 1997, bertempat di Holiday Inn City Center, Kuala Lumpur. Dan telah menjemput seluruh keluarga saya serta rakan-rakan wartawan. Semasa bersama NAR Rekords saya juga terlibat dalam Album
Kompilasi bersama artis-artis NAR yang lain seperti Rozza, Kumpulan Akira , Elly Mazlein dan Nurfaizah. Kesemua lagu didalam album kompilasi tersebut memuatkan 2 lagu dari setiap penyanyi itu. Saya juga terlibat dalam pembikinan Album Hari Raya . Album terbitan Is Wow ini
menampilkan lagu-lagu yang baru. Konsep album ini ialah universal dimana pelbagai rentak dimuatkan seperti zapin, asli, samba, pop komersial dan balada. Penyanyi penyanyi yang terlibat dalam album ini selain saya, ialah Rozza Nurfaizah, Kumpulan Akira , Elly Mazlein . Saya juga telah menyiapkan satu klip video dari album “Iyanie” berjudul Cintaku Dilautan Debu. Lokasi penggambaran terletak di Teluk Cempedak, Pahang. Terima kasih yang tak terhingga kepada NAR Records Sdn Bhd, dan semua yang terlibat khas untuk ‘Boss’ Saadi Olia (Penerbit Eksekutif) dan Fauzi Marzuki (Penerbit), Komposer Syafiee Obe, yang memberi dorongan kepada saya. Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan NAR Records, Saadi Olia, Puan Norlia, Puan Fatima, Abang Shahlan,Mimie, Abang Rahim, Kak Anna, Kak Elin, Kak Elina, serta semua staff yang turut bekerja keras, juga kepada semua yang terlibat sewaktu rakaman tersebut. Ribuan terima kasih yang tak terkira kepada semua media cetak dan media elektronik yang memberi sokongan kepada saya selama ini. Dan kepada semua yang telah membeli album saya ini , saya mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga anda terus menyokong saya dalam bidang seni. Harapan saya semoga dapat berjumpa semula di lain hari. InsyaAllah...
Lagu : Fauzi Marzuki (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Lukhman S (BMG Publishing)
HUJAN TANGIS
Lagu : Shafiee Obe (EMW Publishing Sdn Bhd)
Lirik : Addy (EMW Publishing Sdn Bhd)
JALAN PULANG
Lagu : Fauzi Marzuki (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Habsah Hassan
PUNGGUK MERINDU
Lagu : Asheq (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Addy (EMW Publishing Sdn Bhd)
CINTAMU BERAKHIR DISINI
Lagu : Fauzi Marzuki (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Saadi Olia (EMW Publishing Sdn Bhd)
LUMRAH HIDUP
Lagu : Fauzi Marzuki (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Abang Shahlan / Addy (EMW Publishing Sdn Bhd)
KU DENGAR DARI JAUH
Lagu : Fauzi Marzuki (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Lukhman S (BMG Music (M) Sdn Bhd)
GETARAN
Lagu : Asheq (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Abang Shahlan (EMW Publishing Sdn Bhd)
TAKDIR PERTEMUAN
Lagu : Asheq (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Lan A To Z (Sony Music Publishing)
CINTAKU DI LAUTAN DEBU
Lagu : Asheq (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Addy (EMW Publishing Sdn Bhd)
NAR RECORDS SDN BHD
PRODUKSI
Terbitan : NAR RECORDS SDN BHD(392610-M)
32, Persiaran Za’aba, Tmn Tun Dr Ismail, K.L Tel : 03-7166129 Fax : 03-7166135
Penerbit Eksekutif : TUAN HJ. SAADI OLIA
Penerbit Album : FAUZI MARZUKI
A&R Eksekutif : SHAHLAN TAJUDDIN & MIMIE
Pemasaran & Promosi Eksekutif : ROZANNA ABU HASSAN
Urusan Promosi : ANNA & ELIN
Susunan Muzik & Programming: FAUZI MARZUKI/ADNAN ABU HASSAN
(Lagu – HUJAN TANGIS : SYAFIEE OBE)
Juruvokal : ELINA RAZAK
Jururakam & Juruadun : RAHIM HASSAN
Jurufoto : VOON-O.T.M.
Jurusolek : SYEBA YIP
Tajan : CITRA AYU – NUVIS MARKETING SDN BHD/ PUMA
Konsep & Rekabentuk : NAR GOLDWings
Studio Rakaman: MELODI PRODUCTIONS SDN. BHD.(114996-A)
32, Persiaran Za’aba, Tmn Tun Dr Ismail, K.L Tel : 03-7166129 Fax : 03-7166135
Edaran : VALENTINE SOUND PRODUCTION SDN BHD (15475-K)




No comments:
Post a Comment