Tuesday, May 29, 2007

Pengenalan

Biodata Iyanie
Nama sebenar saya adalah Adza Adzriyati Binti Adenan, dilahirkan pada 9 April 1975 di Kulim Kedah. Ibubapa saya Adenan Bin Arshad dan Zaleha Binti Md Darus. Saya merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik saya iaitu Adza Irdawati (kedua),Adza Tutyrianti (ketiga), Adza Rinawati (keempat), Adza Edie Izuan (kelima)dan yang bongsu Adza Nasya Emie (keenam).

Saya mendapat pendidikan terakhir di Sekolah Menengah Padang Serai, Kedah. Semenjak kecil lagi, ibubapa saya mendapati saya sangat meminati muzik dan cenderong kepada bidang seni. Mungkin kerana, ayah, Adenan Bin Arshad ialah seorang guru dan mengajar muzik disekolah. Ayah saya juga aktif bermain muzik disekitar Kedah dan Pulau Pinang dengan kumpulan muziknya di sekitar 60’an, 70-‘an dan 80’an. Ibu saya pula Zaleha Binti Md Darus juga dahulunya sangat aktif menyanyi di sekitar 60’an dan 70’an. Di zaman saya bersekolah, saya sangat suka mengambil bahagian dalam persembahan pentas dalam bentuk tarian mahupun nyanyian.Saya boleh dikatakan selalu menjadi favourite cikgu untuk dipilih mewakili sekolah di dalam pelbagai pertandingan sekolah seperti koir, pancaragam, drama dan tarian tradisional sehinggalah terpilih ke peringkat negeri Kedah Darul Aman.

Semasa kecil lagi saya telah terdedah kepada muzik. Ayah saya dahulunya mempunyai bandnya sendiri dan mereka selalu bermain serta melakukan latihan di rumah saya sendiri. Setelah berusia 13 tahun saya mendapat kesempatan untuk bernyanyi dengan bandnya , saya juga selalu mengikuti ayah saya di setiap pertunjukan pentas sekitar Kulim dan Pulau Pinang.

Saya selalu bersama adik-adik saya, dan dimasa lapang kami selalu menyanyi dan menari bersama. Setelah ibu kami mengetahui kebolehan kami, beliau selalu memberi sokongan dan dorongan kepada kami. Ibu kami akan selalu menyuruh kami membuat persembahan bersama dan mengambil bahagian di sekolah. Ayah saya juga telah menyedari bakat kami dan selalu mengiringi persembahan kami. Malah beliau akan membuat persembahan bersama kami di hari penyampaian hadiah disekolah dan di hari perayaan, Sambutan Tahun Baru dan majlis-majlis keramaian di sekitar Kulim dan P.Pinang.

Pada usia 15 tahun saya bercita-cita ingin menjadi seorang penyanyi/artis. Saya sering memasuki pertandingan nyanyian disekitar Kulim dan Pulau Pinang. Tetapi nasib tidak menyebelahi saya walaupun saya sering dipilih ke peringkat akhir tetapi saya tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan nyanyian.

Pada masa yang sama saya dan band ayah selalu memenuhi undangan untuk membuat persembahan atau private function, dinner show dan juga hari-hari perayaan di Kulim dan P.Pinang. Saya juga turut dijemput menyanyi bersama band-band yang lain antaranya seperti Band Bayangan Hijau, band RTM Pulau Pinang. Band Selasih .

Selepas saya tamat persekolahan, saya pernah bekerja sebagai seorang guru sandaran. Saya pernah bertugas di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Dik pada tahun 1993. Semasa kecil saya juga sangat berminat menjadi guru kerana ayah saya seorang guru. Tetapi pabila saya meningkat dewasa saya lebih meminati bidang seni. Semasa berusia 18 tahun saya telah ditawarkan bekerja bersama sebuah band profesional, dan mengikat kontrak dibeberapa tempat sekitar semenanjung.

Pada usia 19 tahun, saya pernah membuat satu demo tape untuk dihantar ke syarikat-syarikat rakaman di Kuala Lumpur. ayah saya yang telah merakamkan demo tape untuk saya, beliau telah menyiapkan beberapa lagu dalam demo tape tersebut. Setelah saya menghantarnya, saya telah mendapat beberapa tawaran untuk membuat rakaman. Setelah saya terima tawaran tersebut, saya mendapati syarikat tersebut menghadapai beberapa kesulitan untuk merakamkan album saya jadi saya mengambil keputusan untuk keluar dari syarikat tersebut.

Saya kemudiannya kembali menyanyi di kelab dan lounge di sekitar Kuala Lumpur,tetapi saya juga turut menghadiri ujibakat yang diadakan oleh syarikat rakaman. Syukur Alhamdulillah pada tahun 1996 saya telah diterima menjadi artis rakaman bag NAR Records Sdn Bhd. Pada masa itu saya berusia 21 tahun dan saya telah mengikat kontrak bersama mereka selama 3 tahun. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi saya dan saya kemudiannya kembali semula menyanyi di stage show dan hotel-hotel.
Dan pada 29 hb February 2004 saya telah berkahwin denganTengku Noor Khizam Bin Tengku Ayub. Majlis perkahwinan kami dilangsungkan di rumah ibubapa saya, Rawang, Selangor. Dan kini kami telah dianugerahkan seorang puteri Tengku Adza Nadhirah. Buat masa sekarang saya sedang berehat daripada bekerja kerana sekarang saya sedang mengandungkan anak saya yang kedua, dijangka bersalin pada 27 hb Julai 2007. Syukur Alhamdulillah...=)

Karier Seni

PENGENALAN

Pada tahun 1990, saya mula serius menggiatkan diri dalam bidang nyanyian sejak berusia 15 tahun, saya mula menyanyi dengan band Pasukan Polis Hutan @ Band Bayangan Hijau di Kulim, Kedah, di bawah pimpinan Encik Samsuddin @ Pakcik Din selama 4 tahun. Semenjak bersama band tersebut, saya banyak membuat pertunjukan pentas seperti di Hari-Hari Perayaan, Sambutan Tahun Baru, Dinner Shows, Pesta Pulau Pinang dan sebagainya. Disamping itu saya juga banyak menyertai pertandingan nyanyian di sekitar Kedah dan P.Pinang. Walaupun saya tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan nyanyian tetapi saya selalu layak keperingkat akhir pertandingan.

Setelah tamat persekolahan,1994, saya bersama adiknya, Ida telah ditawarkan bekerja bersama sebuah band yang terdiri daripada pemuzik-pemuzik yang berpengalaman dimana salah seorang anggotanya ialah pakcik saya sendiri. Band tersebut dikenali sebagai The Hot Fehrenheit. Ahli anggotanya terdiri daripada NurKhan( pemain bass) Blacky (lead vokal/guitaris) Manis (pemain drum) diikuti dengan Ida (keyboard/vokal) dan Iyanie (vokal).

Pekerjaan ini memerlukan saya travel dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Saya telah banyak menimba pengalaman bekerja di beberapa tempat seperti di Young Gun Pub & Bistro, Batu Pahat, Johor (Jun ’94), Empire Ballroom Lounge, Sibu, Sarawak (Ogos’94), Hippodrome Discotheque, Pulau Pinang (Okt ’94). Dan kontrak yang terakhir bersama band tersebut ialah di Restoran & Bistro Kolam Air, Ipoh, Perak (Dis’94).

Dan pada tahun 1995, saya tidak lagi bersama kumpulan tersebut, saya telah menyertai beberapa kumpulan lain dan bekerja di tempat seperti The Ship, Penang. Shock Disco, Novotel Hotel, Penang. Dan Butterworth, Penang.Dan Ida pula berkecimpung dalam bidang lakonan dan Penulisan skrip. Dan seterusnya mendirikan rumahtangga dengan Martias Mohd Ali. Dan sehingga sekarang beliau aktif dalam bidang lakonan dan penulisan skrip drama/telefilem. Pada tahun 1996, En. Martias Mohd Ali telah memperkenalkan saya dengan banyak syarikat rakaman. Dan saya akhirnya diterima menjadi artis rakaman oleh syarikat rakaman NAR Records yang terletak di Taman Tun Dr Ismail,Selangor.Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi saya dan kemudian saya kembali semula menyanyi di stage show dan hotel-hotel. Pada tahun 1997-1998 saya menyertai band ‘Bandana Carabiner’. Anggotanya terdiri dari Abang Billy, Kak Jaja, Abang Taib, Abang Gee, Abang Razman dan Jenny. Dan mengikat kontrak di Club Sri Damansara, KL. Auntie Belacan, Crystal Crown Hotel, PJ. Salsa Café, KL. Dan akhir sekali di Sheraton Beach Resort Langkawi, Kedah.

Menganggotai band trio ‘Jobijoba’ pada April 1999 Trio, yang terdiri dari Abang Nan (keyboardist/vokalis) dan Abang Manaf (guitarist/vokalis) dan membuat persembahan di Awana Genting Highland Resorts, Pahang selama 3 bulan. Semasa membuat persembahan, saya juga banyak menyampaikan lagu dalam pelbagai bahasa seperti bahasa inggeris, cina, hindi, sepanyol, jepun, arab dan tagalog.

Pada hujung tahun 1999 -2000, saya juga turut menyertai kumpulan trio, ‘Aries Band’ yang dianggotai oleh Abang Ari (keyboardist/vokalis) dan Eja (lead vokalis). Dan pernah bekerja di The Connection, Allson Klana Hotel & Resorts, Seremban, Mississippi Gril & Bar (sekarang Zouk Disco) KL.Dan akhir sekali di Concorde Hotel Shah Alam, Selangor.

Pernah bekerja bersama sebuah live band di El Nino Bisto , Kuala Lumpur bersama En. Halil Chik. Halil Chik yang pernah popular era 70’an dahulu telah diiringi dengan pemuzik-pemuzik profesional dan mereka kebanyakannya membawakan muzik berentak Latin. Semasa itu adik saya Adza Rinawati @ Rina. juga bernyanyi bersama band tersebut. Dan persembahan terakhir bersama band tersebut ialah acara Pesta Sambutan Tahun Baru di Sunway Lagoon .

Setelah bertahun-tahun menimba pengalaman bernyanyi dan membuat persembahan, saya dan adik-adik saya mengambil keputusan untuk menubuhkan kumpulan kami sendiri. Masing-masing boleh dikatakan telah pun mempunyai pengalaman sendiri didalam industri muzik tanahair. Pada awal tahun 2000, kami menamakan kumpulan kami D’ADZA kerana setiap nama kami bermula dengan Adza iaitu Adza Adzriyati (sulong), Adza Irdawati (kedua) Adza Tutyrianti (ketiga) dan Adza Rinawati (keempat) . Impian utama kumpulan D’Adza ialah untuk melahirkan sebuah album.

Dalam tempoh yang singkat kami telah berjaya menghasilkan sebuah lagu atau demo bersama seorang komposer yang suka dipanggil dirinya Cikgu. Lagu yang dihasilkan itu diberi judul ‘Ku Rindu’ merupakan lagu ciptaan Cikgu dan lirik oleh Martias Mohd Ali manakala muzik digubah oleh Abang Is Wow . Lagu tersebut berirama pop komersial dan dinyanyikan oleh setiap anggota D’Adza. Rakaman bagi lagu tersebut telah dijalankan di salah sebuah studio di Petaling Jaya. Tetapi nasib tidak menyebelahi kami, belum ada syarikat rakaman yang ingin mengambil kami sebagai artis rakaman, walau bagaimanapun kami tidak berputus asa dan mahu terus mencuba .

Pada tahun 2003, kami semua telah berlakon dalam sebuah vcd arahan dan lakonan Siaful@Apek berjudul ‘OK’. Barisan pelakon terdiri daripada Saiful@Apek, Yassin, Bob KU@, CD, Kumpulan D’Adza dan kartunis-kartunis Ujang. Disamping itu kami juga selalu ditawarkan untuk membuat persembahan pembukaan untuk artis-artis tanahair, dan juga acara-acara lain seperti Dinner Show, Corporate Functions dan sebagainya. Dan kini kami, D’Adza giat mengadakan persembahan di hotel-hotel yang bertaraf antarabangsa .

Keratan Akhbar

AKHBAR : HARIAN METRO
TARIKH : SELASA 8 APRIL 1997
TAJUK : ANGAN-ANGAN JADI NYATA
OLEH : ROSLEN FADZIL

Mengambil kira kedudukannya sebagai artis baru, Iyanie menganggap dirinya beruntung kerana album pertamanya memuatkan lima lagu ciptaan komposer handalan Fauzi Marzuki.
Panyanyi yang berasal dari Kulim,Kedah ini berkata dia memang bertuah kerana dapat menimba pengalaman bekerja di studio dangan Fauzi walaupun perasaannya gugup apabila kali pertama bersua dengan komposer itu.
“Bila ingat balik, saya rasa lucu kerana Fauzi terpaksa tenangkan fikiran saya. Katanya “relaxlah, jangan takut. Buat macam biasa…”
“Sebenarnya perasaan itu timbul kerana saya begitu menghormati Fauzi. Maklumlah penyanyi yang nyanyi lagunya bukanlah sembarangan macam Ella, Shima, Jamal dan Francesca Peter.
“Jadi bila kami pertama kali berjumpa di studio, saya tentulah excited dan gugup. Namun selepas beberapa lama mengenali Fauzi, saya dapat rasakan dia seorang yang bertimbang rasa” katanya kepada Harian Metro.
Iyanie atau nama sebenarnya Adza Adzriyati Adenan, 22,berkata lagu Fauzi yang dirakamkan ialah Cintamu Berakhir Disini (lirik Saadi Olia), Pantai Yang Sepi (Lukhman S), Jalan Pulang (Habsah Hassan), Ku Dengar Dari Jauh (Lukhman S) dan Lumrah Hidup (Shahlan). Lagu lain yang dimuatkan dalam album itu ialah ciptaan Lan A To Z, Syafiee Obe dan Asheq.
Iyanie yang meminati Ziana Zain dan Toni Braxton berkata dengan munculnya album itu, impian pertamanya dalam bidang nyanyian sudah tercapai.
“Sejak sekolah rendah lagi saya sudah berangan-angan mempunyai album sendiri. Hari ini saya gembira kerana angan-angan itu tidak kosong dan terhutang budi kepada NAR Records kerana mengambil saya menjadi artis rakaman” katanya.
Iyanie sebelum ini menimba pengalaman nyanyian melalui beberapa kumpulan muzik termasuk Kombo Polis Hutan Batalion 3, Kulim dan RTM Pulau Pinang. Dia kini baru sahaja menyiapkan klip video pertama untuk lagu Cintamu Berakhir Disini yang menjalani penggambaran di Teluk Cempedak, Pahang.

Album Solo


Foto: Syeba Yip / Teks : Iyanie

Album Solo

Semasa saya beusia 21 tahun, saya telah telah menjalani uiji bakat dengan syarikat rakaman dengan NAR Rekord dan syukur Alhamdulillah saya diterima untuk menjadi artis rakaman syarikat berkenaan. Album solo saya berjudul “Iyanie” berkonsep kan pop komersial dan memuatkan 10 buah lagu. Dan mendapat sentuhan dari komposer terkenal Fauzi Marzuki, Shafiee Obe,Adnan Abu Hassan, Habsah Hassan, Lukhman S, Asheq, Lan A to Z. Dan penerbit bagi album tersebut ialah Tuan Hj Saadi Olia. Rakaman album saya telah dijalankan di Studio Melodi Productions Sdn Bhd. Dan sebelum menjalani rakaman suara, saya telah belajar vokal bersama Elina Razak. Album Iyanie mula dipasarkan pada 23hb Mac 1997. Dan lagu lagu yang sering berkumandang diradio pada masa itu antaranya ialah ‘Cintamu Berakhir Disini’ ‘Lumrah Hidup’ dan ‘Hujan Tangis’. Iyanie telah mengadakan majlis pelancaran album “Iyanie’ pada 6hb Mei 1997, bertempat di Holiday Inn City Center, Kuala Lumpur. Dan telah menjemput seluruh keluarga saya serta rakan-rakan wartawan. Semasa bersama NAR Rekords saya juga terlibat dalam Album Kompilasi bersama artis-artis NAR yang lain seperti Rozza, Kumpulan Akira , Elly Mazlein dan Nurfaizah. Kesemua lagu didalam album kompilasi tersebut memuatkan 2 lagu dari setiap penyanyi itu. Saya juga terlibat dalam pembikinan Album Hari Raya . Album terbitan Is Wow ini menampilkan lagu-lagu yang baru. Konsep album ini ialah universal dimana pelbagai rentak dimuatkan seperti zapin, asli, samba, pop komersial dan balada. Penyanyi penyanyi yang terlibat dalam album ini selain saya, ialah Rozza Nurfaizah, Kumpulan Akira , Elly Mazlein . Saya juga telah menyiapkan satu klip video dari album “Iyanie” berjudul Cintaku Dilautan Debu. Lokasi penggambaran terletak di Teluk Cempedak, Pahang.

Ucapan Terima Kasih
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Martias Mohd Ali kerana beliaulah yang menemukannya dengan NAR Rekords malah beliau juga banyak memberi pertolongan dan bimbingan kepada saya dalam karier nyanyian saya. Kepada ibubapa saya Adenan Bin Arshad dan Zaleha Binti Md Darus bersama dengan adik-adiknya Adza Irdawati, Adza Tutyrianti, Adza Rinawati, Adza Edie Izuan dan Adza Nasya Emie sentiasa memberi galakan serta dorongan kepadanya.
Terima kasih yang tak terhingga kepada NAR Records Sdn Bhd, dan semua yang terlibat khas untuk ‘Boss’ Saadi Olia (Penerbit Eksekutif) dan Fauzi Marzuki
(Penerbit), Komposer Syafiee Obe, yang memberi dorongan kepada saya. Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan NAR Records, Saadi Olia, Puan Norlia, Puan Fatima, Abang Shahlan,Mimie, Abang Rahim, Kak Anna, Kak Elin, Kak Elina, serta semua staff yang turut bekerja keras, juga kepada semua yang terlibat sewaktu rakaman tersebut. Ribuan terima kasih yang tak terkira kepada semua media cetak dan media elektronik yang memberi sokongan kepada saya selama ini. Dan kepada semua yang telah membeli album saya ini , saya mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga anda terus menyokong saya dalam bidang seni. Harapan saya semoga dapat berjumpa semula di lain hari. InsyaAllah...
P/S - Thanks to mimie, my wonderful friend….
LAGU-LAGU DARI ALBUM

PANTAI YANG SEPI
Lagu : Fauzi Marzuki (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Lukhman S (BMG Publishing)

HUJAN TANGIS
Lagu : Shafiee Obe (EMW Publishing Sdn Bhd)
Lirik : Addy (EMW Publishing Sdn Bhd)

JALAN PULANG
Lagu : Fauzi Marzuki (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Habsah Hassan

PUNGGUK MERINDU
Lagu : Asheq (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Addy (EMW Publishing Sdn Bhd)

CINTAMU BERAKHIR DISINI
Lagu : Fauzi Marzuki (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Saadi Olia (EMW Publishing Sdn Bhd)

LUMRAH HIDUP
Lagu : Fauzi Marzuki (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Abang Shahlan / Addy (EMW Publishing Sdn Bhd)

KU DENGAR DARI JAUH
Lagu : Fauzi Marzuki (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Lukhman S (BMG Music (M) Sdn Bhd)

GETARAN
Lagu : Asheq (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Abang Shahlan (EMW Publishing Sdn Bhd)

TAKDIR PERTEMUAN
Lagu : Asheq (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Lan A To Z (Sony Music Publishing)

CINTAKU DI LAUTAN DEBU
Lagu : Asheq (Pustaka Muzik EMI)
Lirik : Addy (EMW Publishing Sdn Bhd)

NAR RECORDS SDN BHD

PRODUKSI

Terbitan : NAR RECORDS SDN BHD(392610-M)
32, Persiaran Za’aba, Tmn Tun Dr Ismail, K.L Tel : 03-7166129 Fax : 03-7166135
Penerbit Eksekutif : TUAN HJ. SAADI OLIA
Penerbit Album : FAUZI MARZUKI
A&R Eksekutif : SHAHLAN TAJUDDIN & MIMIE
Pemasaran & Promosi Eksekutif : ROZANNA ABU HASSAN
Urusan Promosi : ANNA & ELIN
Susunan Muzik & Programming: FAUZI MARZUKI/ADNAN ABU HASSAN
(Lagu – HUJAN TANGIS : SYAFIEE OBE)
Juruvokal : ELINA RAZAK
Jururakam & Juruadun : RAHIM HASSAN
Jurufoto : VOON-O.T.M.
Jurusolek : SYEBA YIP
Tajan : CITRA AYU – NUVIS MARKETING SDN BHD/ PUMA
Konsep & Rekabentuk : NAR GOLDWings
Studio Rakaman: MELODI PRODUCTIONS SDN. BHD.(114996-A)
32, Persiaran Za’aba, Tmn Tun Dr Ismail, K.L Tel : 03-7166129 Fax : 03-7166135
Edaran : VALENTINE SOUND PRODUCTION SDN BHD (15475-K)

Saturday, May 26, 2007

D'Adza Band

2000
D’Adza membuat persembahan di Sri Nira Lounge, Regency Hotel Port Dickson pada 1hb Oktoberhingga 31st October 2000. Ia dianggotai Adza Adzriyati (vokal), Adza Rinawati (vokal), Adza Irdawati(keyboard/vokal) dan Azman Aziz (vokal).


2001
D’Adza membuat persembahan di Traveler’s Bar & Grill di Hotel Pan Pacific Kuala Lumpur International Airport (KLIA),Sepang pada bulan Januari - April 2001. Ia dianggotai Adza Adzriyati (vokal), Adza Rinawati (vokal), Azman Aziz ( keyboard/vokal) dan Mohd Fadzli Abdul Aziz (gitar/vokal).


2001

D’Adza membuat persembahan di Blue Moon Café di Hotel Equatorial Kuala Lumpur pada bulan Mei hingga Julai 2001. Ia dianggotai Adza Adzriyati (vokal), Adza Rinawati (vokal), Azman Aziz ( keyboard/vokal) dan Mohd Fadzli Abdul Aziz (gitar/vokal).


2001

D’Adza membuat persembahan di Window’s Café and Lounge di Hotel Dorsett Regency Kuala Lumpur pada bulan Ogos hingga Disember 2001 bersama Adza Adzriyati (vokal), Adza Rinawati (vokal), Reza (vokal) dan Edy (gitar/vokal).


2002
D’Adza membuat persembahan di Croassroads, Hotel Concorde Kuala Lumpur pada Januari hingga Mac 2002. Bersama Adza Adzriyati (vokal), Adza Rinawati (vokal),Adza Tutyrianti Azman Aziz (keyboard/vokal) dan Amri (gitar/vokal).


2002
D’Adza membuat persembahan di Window’s Café and Lounge di Hotel Dorsett Regency Kuala Lumpur pada bulan April hingga Ogos 2002 bersama Adza Adzriyati (vokal), Adza Rinawati (vokal),Adza Tutyrianti (vokal) Azman Aziz (keyboard/vokal) dan Amri (gitar/vokal).

2002
D’Adza membuat persembahan D’adza membuat persembahan di The Pub, Shangri-La Hotel Kuala Lumpur pada September hingga December 2002 bersama Adza Adzriyati (vokal), Adza Rinawati (vokal),Tengku Noor Khizam (keyboard/vokal) dan Amri (gitar/vokal).


2003
D’Adza membuat persembahan di Croassroads, Hotel Concorde Kula Lumpur pada Febbruari hingga Mei 2003 bersama Adza Adzriyati (vokal), Adza Rinawati (vokal),Adza Tutyrianti , Tengku Noor Khizam (keyboard/vokal) dan Amri (gitar/vokal).
2003
D’Adza membuat persembahan di The Pub, Shangri-La Hotel Kuala Lumpur pada Julai hingga September 2003 bersama Adza Adzriyati (vokal), Adza Rinawati (vokal), Adza Tutyrianti (vokal),Tengku Noor Khizam (keyboard/vokal) dan Amri (gitar/vokal).


2003-2004
D’Adza membuat persembahan di Broadway Lounge, Hotel Berjaya Times Square & Convention Center pada 29th September 2003 until 4th April 2004. Ia dianggotai oleh Adza Adzriyati (vokal), Adza Rinawati (vokal),Adza Tutyrianti , Tengku Noor Khizam (keyboard/vokal) dan Amri (gitar/vokal).


2005
D’Adza membuat persembahan di The Pub, Shangri-La Hotel Kuala Lumpur bermula pada bulan Januari hingga bulan Disember 2005. bersama Adza Adzriyati (vokal), Adza Rinawati (vokal), Tengku Noor Khizam (keyboard/vokal) dan Amri (gitar/vokal).


2006
D’Adza membuat persembahan di The Pub, Shangri-La Hotel Kuala Lumpur bermula pada bulan Januari 2006 hingga bulan Disember 2006. bersama Adza Adzriyati (vokal), Adza Rinawati (vokal), Adza Tutyrianti (vokal),Tengku Noor Khizam (keyboard/vokal) dan Amri (gitar/vokal).

2007

D’Adza menyambung kontrak di The Pub, Hotel Shangri-la Kuala Lumpur bermula dari bulan Februari 2007 hingga bulan Mac 2007.Bersama Adza Adzriyati(vokal), Adza Rinawati(vokal), Adza Tutyrianti (vokal),Tengku Noor Khizam (keyboard/vokal) dan Amri (gitar/vokal) .

2007

Terbaru, D’Adza menyambung kontrak di The Pub, Hotel Shangri-la Kuala Lumpur bermula dari bulan Mac 2007 hingga Oktober 2007.Bersama Adza Rinawati(vokal), Adza Tutyrianti (vokal),Tengku Noor Khizam (keyboard/vokal) dan Amri (gitar/vokal) dan seorang penyanyi baru Intan Suraya.

D'Adza Sister's


Foto : Koleksi D'Adza / Teks : Iyanie

Adza sister's terdiri daripada Adza Adriyati Bt Adenan, Adza Irdawati Bt Adenan, Adza Tutyrianti Bt Adenan dan Adza Rinawati Bt Adenan. Kami pernah menjadi artis dibawah naungan Gitu-Gitu Production yang diterajui oleh Apek@Saiful pada tahun 2002. Dibawah Gitu-Gitu Production, kami telah merakamkan sebuah lagu berjudul ‘Saat Ku Idamkan’ untuk dimuatkan kedalam album soundtrack vcd Ok. Kami juga berpeluang berlakon bersama Apek@Saiful dan pelakon komedi popular yang lain seperti Yasin dan Bob Ku2 didalam vcd ‘OK’. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak pengurusan Gitu-Gitu Production terutama sekali En. Adam Wahab diatas pertolongan dan perhatian yang diberikan
terhadap kami.

PROFILE INDIVIDU











Nama Penuh:Adza Adzriyati Bt. Adenan
Nama Panggilan : Iyanie
Tarikh Lahir: 9 hb April 1975
Tempat Lahir: Kulim. Kedah

Keluarga : Anak pertama drpd 7 adik-beradik
Hobi: Fotografi dan Melayari Internet
Warna Kegemaran : Hitam dan Pink
Meminati Penyanyi: Celine Dion, Mariah Carey
Meminati Pelakon : Richard Gere, Sandra Bullock
Muzik Kegemaran : Pop, R&B

Zodaik : Aries


Nama Penuh:Adza Irdawati Bt Adenan
Nama Panggilan : Ida
Tarikh Lahir: 24 Hb Januari 1977
Tempat Lahir: Kulim. Kedah
Keluarga : Anak Kedua Dari 7 Adik-Beradik
Hobi: Menulis Skrip, Mendengar Muzik
Warna Kegemaran : Putih
Meminati Penyanyi: Celine Dion, Toni Braxton
Meminati Pelakon : Azean Irdawati Dan Sidi Oraza
Muzik Kegemaran : Pop, R&B Dan Dance Muzik
Zodiak: Aquarius










Nama Penuh: Adza Tutyrianti Bt. Adenan
Nama Panggilan : Tuty
Tarikh Lahir: 28 hb Ogos 1980
Usia: 26 tahun
Tempat Lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Keluarga : Anak keempat dari 7 adik-beradik
Hobi: Menonton TV dan Membeli- Belah
Warna Kegemaran: Merah dan Kuning
Meminati Penyanyi: The Corrs, Destiny Child
Meminati Pelakon : Will Smith, Mel Gibson
Muzik Kegamaran : R&B, Hip Hop, Latin
Zodiak: Virgo




Nama Penuh: Adza Rinawati Bt. Adenan
Nama Panggilan : Rina
Tarikh Lahir: 15 hb September 1982
Tempat Lahir: Kulim, Kedah

Keluarga : Anak kelima drpd 7 adik-beradik
Hobi: Membaca dan Melayari Internet
Warna Kegemaran: Coklat
Meminati Penyanyi : Gwen Stefani, Black Eyed Peas
Meminati Pelakon: Nicole Kidaman, Stepen Chow
Muzik Kegemaran : Hip Hop, Latin, Rock, R&B

Zodiak: Virgo

LATAR BELAKANG

Kumpulan kami telah ditubuh sejak tahun 1992. Pada masa itu kami berusia, Yani (17), Ida (15), Tuty (12) dan Rina (10). Nama ‘Adza Sister’s dipilih kerana setiap nama kami bermula dengan Adza. Iaitu Adza Adzriyati, Adza Irdawati , Adza Tutyrianti dan Adza Rinawati. Semenjak kecil lagi, ibubapa kami mendapati yang kami sangat meminati muzik dan cenderong kepada bidang seni. Mungkin kerana, ayah, Adenan Bin Arshad ialah seorang guru sekolah, dan beliau juga mengajar muzik disekolah. Ayah juga aktif bermain muzik disekitar Kedah dan Pulau Pinang dengan kumpulan muziknya di sekitar 60’an, 70-‘an dan 80’an. Ibu pula Zaleha Binti Md Darus juga dahulunya sangat aktif menyanyi di sekitar 60’an dan 70’an. Dimana kuahnya kalau tak tumpah ke nasi? Semenjak tahun 1992, kami sering diundang untuk membuat persembahan di hari-hari perayaan sekolah serta di majlis-majlis makan malam untuk orang-orang kenamaan. Dan kami juga selalu membuat persembahan bersama ayah kami di acara yang formal seperti Dinner Show dan sebagainya disekitar Kulim, Kedah.

Pada tahun1999, kami telah menukar nama kumpulan kami kepada kumpulan D’Adza. Impian utama kumpulan kami ialah untuk melahirkan sebuah album. Tetapi di dalam kegawatan ekonomi pada masa itu, jadi impian untuk menghasilkan album terpaksa ditolak ketepi tetapi itu tidak melemahkan sema
ngat kami untuk meneruskan impian kami.Dan didalam kesibukan mencari rezeki di ibukota, kumpulan D’Adza telah mendapat perhatian seorang insan yang meminati bidang seni.Beliau senang dipanggil dengan gelaran Cikgu, telah berminat mencipta lagu untuk kami. Lagu yang dihasilkan itu berirama pop komersial dan tajuknya ‘Ku Rindu’ dan lirik oleh Martias manakala muzik arranggement oleh Abang Is Wow. Terima kasih kepada Abang Yaz yang banyak menolong kami selama ini. Walaupun kami telah banyak berusaha tetapi kami tidak pernah menyesal kerana tidak dapat merakamkan album. Mungkin belum ada rezeki lagi buat kami. Tetapi sehingga kini kami masih mengidamkan untuk merakamkan album. Walaupun kami mempunyai karier masing-masing tetapi kami masih bersama. Contohnya, saya selain daripada menyanyi di lounge dan stage show saya juga pernah merakamkan album dibawah naungan NAR Records Sdn Bhd pada tahun 1996. Saya juga pernah berlakon di dalam beberapa drama tv. Terbaru saya berlakon dalam sitkom Suasana di RTM 1 2007.
Ida, juga mempunyai pengalaman bermain muzik di lounge dan stage show. Selain itu, Ida juga berminat kepada bidang lakonan dimana dia pernah berlakon di dalam
beberapa drama tv dan telefilem. Memandangkan kehadiran pelakon-pelakon baru yang banyak pada masa itu, Ida beralih kepada penghasilan penulisan skrip drama. Dan beliau berjaya menghasilkan skrip untuk drama-drama tv untuk stesen -stesen tv tanahair , antaranya seperti Siri sitcom Suasan 13 ep, Cahayamata 13 ep, Kambingku Tom Cruise- Senario, Kronik, Gitulah Raya, Zaharul Zarina, Manap Astro, drama siri Nek Nak dan banyak lagi.

Tuty pula pernah merakamkan album bersama kumpulan G.I.M dibawah syarikat rakaman NSR Records Sdn BHd pada tahun 1999. Tuty juga mempunyai bakat dalam lakonan dan di pernah berlakon dalam beberapa drama tempatan dan pernah berlakon dalam filem seperti ‘Idola’ Arahan Aziz
M.Osman dan ‘Lang Buana’ Arahan Mamat Khalid. Dan sekarang beliau sedang membuat persembahan di The Pub, Shangri-La Kuala Lumpur.

Rina mempunyai 5 tahun pengalaman membuat persembahan secara profesional di lounge dan stage show. Dia juga mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan dan pernah berlakon di dalam ‘Kisah Wanita’ , drama ‘Maria Mariana’ terbitan Skop Production, drama ‘Zon ekspress’, drama bersiri ‘Mengejar Syurga Dihujung Jalan’ Rina juga pernah menjadi model untuk majalah-majalah tempatan. Dan sekarang beliau bersama dengan Tuty sedang membuat persembahan di The Pub, Shangri-La Kuala Lumpur.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT ANDA BOLEH MENHANTAR E-MAIL

d_adza@hotmail.com or
iyanie.dadza@yahoo.com