Tuesday, May 29, 2007

Pengenalan

Biodata Iyanie
Nama sebenar saya adalah Adza Adzriyati Binti Adenan, dilahirkan pada 9 April 1975 di Kulim Kedah. Ibubapa saya Adenan Bin Arshad dan Zaleha Binti Md Darus. Saya merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik saya iaitu Adza Irdawati (kedua),Adza Tutyrianti (ketiga), Adza Rinawati (keempat), Adza Edie Izuan (kelima)dan yang bongsu Adza Nasya Emie (keenam).

Saya mendapat pendidikan terakhir di Sekolah Menengah Padang Serai, Kedah. Semenjak kecil lagi, ibubapa saya mendapati saya sangat meminati muzik dan cenderong kepada bidang seni. Mungkin kerana, ayah, Adenan Bin Arshad ialah seorang guru dan mengajar muzik disekolah. Ayah saya juga aktif bermain muzik disekitar Kedah dan Pulau Pinang dengan kumpulan muziknya di sekitar 60’an, 70-‘an dan 80’an. Ibu saya pula Zaleha Binti Md Darus juga dahulunya sangat aktif menyanyi di sekitar 60’an dan 70’an. Di zaman saya bersekolah, saya sangat suka mengambil bahagian dalam persembahan pentas dalam bentuk tarian mahupun nyanyian.Saya boleh dikatakan selalu menjadi favourite cikgu untuk dipilih mewakili sekolah di dalam pelbagai pertandingan sekolah seperti koir, pancaragam, drama dan tarian tradisional sehinggalah terpilih ke peringkat negeri Kedah Darul Aman.

Semasa kecil lagi saya telah terdedah kepada muzik. Ayah saya dahulunya mempunyai bandnya sendiri dan mereka selalu bermain serta melakukan latihan di rumah saya sendiri. Setelah berusia 13 tahun saya mendapat kesempatan untuk bernyanyi dengan bandnya , saya juga selalu mengikuti ayah saya di setiap pertunjukan pentas sekitar Kulim dan Pulau Pinang.

Saya selalu bersama adik-adik saya, dan dimasa lapang kami selalu menyanyi dan menari bersama. Setelah ibu kami mengetahui kebolehan kami, beliau selalu memberi sokongan dan dorongan kepada kami. Ibu kami akan selalu menyuruh kami membuat persembahan bersama dan mengambil bahagian di sekolah. Ayah saya juga telah menyedari bakat kami dan selalu mengiringi persembahan kami. Malah beliau akan membuat persembahan bersama kami di hari penyampaian hadiah disekolah dan di hari perayaan, Sambutan Tahun Baru dan majlis-majlis keramaian di sekitar Kulim dan P.Pinang.

Pada usia 15 tahun saya bercita-cita ingin menjadi seorang penyanyi/artis. Saya sering memasuki pertandingan nyanyian disekitar Kulim dan Pulau Pinang. Tetapi nasib tidak menyebelahi saya walaupun saya sering dipilih ke peringkat akhir tetapi saya tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan nyanyian.

Pada masa yang sama saya dan band ayah selalu memenuhi undangan untuk membuat persembahan atau private function, dinner show dan juga hari-hari perayaan di Kulim dan P.Pinang. Saya juga turut dijemput menyanyi bersama band-band yang lain antaranya seperti Band Bayangan Hijau, band RTM Pulau Pinang. Band Selasih .

Selepas saya tamat persekolahan, saya pernah bekerja sebagai seorang guru sandaran. Saya pernah bertugas di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Dik pada tahun 1993. Semasa kecil saya juga sangat berminat menjadi guru kerana ayah saya seorang guru. Tetapi pabila saya meningkat dewasa saya lebih meminati bidang seni. Semasa berusia 18 tahun saya telah ditawarkan bekerja bersama sebuah band profesional, dan mengikat kontrak dibeberapa tempat sekitar semenanjung.

Pada usia 19 tahun, saya pernah membuat satu demo tape untuk dihantar ke syarikat-syarikat rakaman di Kuala Lumpur. ayah saya yang telah merakamkan demo tape untuk saya, beliau telah menyiapkan beberapa lagu dalam demo tape tersebut. Setelah saya menghantarnya, saya telah mendapat beberapa tawaran untuk membuat rakaman. Setelah saya terima tawaran tersebut, saya mendapati syarikat tersebut menghadapai beberapa kesulitan untuk merakamkan album saya jadi saya mengambil keputusan untuk keluar dari syarikat tersebut.

Saya kemudiannya kembali menyanyi di kelab dan lounge di sekitar Kuala Lumpur,tetapi saya juga turut menghadiri ujibakat yang diadakan oleh syarikat rakaman. Syukur Alhamdulillah pada tahun 1996 saya telah diterima menjadi artis rakaman bag NAR Records Sdn Bhd. Pada masa itu saya berusia 21 tahun dan saya telah mengikat kontrak bersama mereka selama 3 tahun. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi saya dan saya kemudiannya kembali semula menyanyi di stage show dan hotel-hotel.
Dan pada 29 hb February 2004 saya telah berkahwin denganTengku Noor Khizam Bin Tengku Ayub. Majlis perkahwinan kami dilangsungkan di rumah ibubapa saya, Rawang, Selangor. Dan kini kami telah dianugerahkan seorang puteri Tengku Adza Nadhirah. Buat masa sekarang saya sedang berehat daripada bekerja kerana sekarang saya sedang mengandungkan anak saya yang kedua, dijangka bersalin pada 27 hb Julai 2007. Syukur Alhamdulillah...=)

3 comments:

  1. Seronok tgk gmbr yani muda2.. So sincere n humble. Can see the efforts n hardwork to make ur dreams come true. Congratulations on your upcoming family members!!

    ReplyDelete
  2. Thank you so much.. You are so nice tome...i really aprecciate your time n effort to read my blog...

    ReplyDelete
  3. Bestnye dapat tengok iyanie kat dalam blog.. tak sangka, iyanie sekarang dah khawin... fyi, iyanie merupakan artis no 1 yang saya minati zaman 90an... dulu saya ada hantar surat kat iyanie.. sebagai peminat no. 1 Iyanie, saya mendoakan agar Iyanie success dalam kehidupan, sebagai artis dan suri rumah tangga....

    Ikhlas,
    Peminat dari Negara Brunie

    ReplyDelete